Selepas dinantikan para pelabur, keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi menyaksikan pengukuhan US dolar setelah pergerakan perlahan dipamerkan sejak awal minggu.
Federal Reserve (Fed) telah menyampaikan kenyataan bernada hawkish pada mesyuarat edisi kali ini dengan petunjuk langkah pengurangan pembelian bon (tapering) akan dilaksanakan mesyuarat November dan kadar faedah pula bakal dinaikkan pada tahun hadapan.
Pengerusi Fed, Jerome Powell melihat kesesuaian pada kadar inflasi semasa, namun dilihat masih belum berpuas hati terhadap sektor buruh. Beliau menyatakan tidak perlu laporan pekerjaan yang memberangsangkan, cukup dengan bacaan yang baik untuk memberi keyakinan pekerjaan berada pada tahap yang stabil.
Pergerakan drastik harga dipamerkan ketika keputusan mesyuarat menyaksikan US dolar turut sedikit pada awalnya sebelum mengakhiri dagangan pada sesi New York dengan lebih kukuh susulan reaksi positif pelabur terhadap kenyataan hawkish Fed.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-kukuh-lepas-fomc
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD ketika mesyuarat FOMC memperlihatkan kenaikan awal harga menguji paras 1.17500 yang menjadi support harga minggu lalu, sebelum harga menjunam di bawah zon support 1.17000.
Pergerakan harga perlahan di bawah zon tersebut sehingga bersambung ke awal sesi Asia pagi ini (Khamis).
Penganalisis menjangkakan penurunan lebih rendah harga bakal diteruskan selepas Fed memberi petunjuk untuk arah pergerakan harga selanjutnya.
Pengukuhan US dolar bakal menekan harga lebih rendah menuju ke zon support terbaru pada 1.16000 dan memburu paras terendah terbaru untuk tahun 2021.
Jika situasi berubah dan harga melonjak membuat kenaikan semula, rintangan pada ketinggian 1.17500 yang diuji ketika mesyuarat FOMC itu akan kembali diuji sekali lagi.
Melepasi halangan tersebut seterusnya akan mendorong harga kembali semula ke zon tumpuan 1.18000 sebelum ini.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG