US dolar mencatat bacaan pada paras terendah hampir tiga tahun pada hari Rabu kerana pemain pasaran menjangkakan bahawa parti demokrat akan mendominasi pilihan raya Senat Amerika Syarikat (A.S) di Georgia dan secara tak langsung meningkatkan lagi harapan terhadap pakej rangsangan fiskal yang lebih besar.
Pada hari Rabu, Demokrat telah memperolehi kemenangan dalam plihan raya Senat Amerika Syarikat (A.S) di Georgia. Kemenangan parti Demokrat ini menandakan bahawa parti tersebut semakin dekat untuk memiliki kawalan yang lebih besar dalam Kongres dan dalam masa yang sama meletakkan dasar Presiden Joe Biden semakin mudah untuk dijayakan.
Raphael Warnock yang merupakan seorang paderi dari salah sebuah gereja terkemuka iaitu gereja Martin Luther King Jr telah berjaya mengungguli calon Republikan, Kelly Loeffler. Hal ini meletakkan beliau sebagai senator berkulit hitam yang pertama di daerah selatan tersebut.
Penganalisis secara amnya menganggap Senat yang didominasi oleh Demokrat akan menjana pertumbuhan ekonomi dengan lebih positif secara global dan meningkatkan selera pasaran ke atas aset yang lebih berisiko namun ia akan mendorong penyusutan US dolar dan bon kerana defisit belanjawan dan perdagangan A.S. semakin meningkat.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat penyusutan sebelum mengukuh kepada paras tukaran 89.588 setakat jam 10.35 p.m.
Disisi lain matawang Euro masih mengekalkan pengukuhan berbanding US dolar sebanyak 0.06% pada paras 1.2302. Matawang sterling menyusut sebanyak 0.41% kepada $1.3569 berbanding US dolar.
Pemain pasaran memberi tumpuan pada keputusan pilihan raya dan laporan NFP.