US dolar mencapai paras tertinggi 3 1/2 bulan pada hari ini yang sebahagian besar didorong oleh kenaikan hasil Perbendaharaan A.S. Lonjakan besan dalam hasil bon ini telah menyebabkan para pelabur memindahkan pelaburan safe-haven kepada US dolar.
Setelah jatuh 4% pada suku terakhir tahun 2020, US dolar telah mengukuh hampir 2.5% dari tahun ke tahun kerana para pelabur menjangkakan kenaikan hasil bon A.S. akan mempengaruhi penilaian ekuiti dan meningkatkan permintaan matawang A.S.
Angka ekonomi terkini juga menyokong pertumbuhan ekonomi seperti yang dicatat baru-baru ini iaitu data NFP meningkat sebanyak 379,000 pada bulan lalu. Pada hari ini pula, Senat A.S akhirnya meluluskan pakej pemulihan Presiden Joe Biden sebanyak $ 1.9 trilion.
Menurut penganalisis pasaran, pasaran buruh dijangka akan bertumbuh dengan lebih pantas yang sebahagian besar didorong oleh pakej rangsangan yang baru sahaja diluluskan oleh Senat dan pengedaran vaksin yang semakin tinggi.
Hasil perbendaharaan A.S naik ke paras tertinggi satu tahun pada paras 1.62% pada hari Jumaat. Indeks US dolar yang mengukur greenback berbanding matawang utama melonjak sebanyak 0.28% ke paras tukaran 92.243.
Dolar Australia melemah 02% kepada paras $ 0.7670. Matawang Euro susut hampir 0.40% berbanding US dolar keparas tukaran 1.1873. Walaubagaimanapun, matawang GBP mengukuh sedikit berbanding US dolar ke paras tukaran 1.3853 setakat jam 10.00 p.m.