Bank Pusat Eropah mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada hari Khamis. Dalam masa yang sama, para pelabur mengambil sikap untuk meneliti petunjuk mengenai tindakan lanjutakan keatas kenaikan hasil bon.
Hasil bon di Zon Eropah telah meningkat sejak Februari seiring dengan pertumbuhan di Amerika Syarikat walauun kenaikan hasil bon di A.S lebih tinggi setelah pengumuman rancangan fiskal berjumlah besar.
Terdapat kekhuatiran bahawa kenaikan hasil dapat membantutkan pemulihan ekonomi di Eropah dengan kenaikan kos pinjaman. Malah ia juga akan beri kesan buruk untuk negara-negara yang sedang bergelut dengan krisis pandemik.
ECB juga memutuskan pada hari Khamis untuk mengekalkan Program Pembelian Kecemasan Pandemiknya atau PEPP pada tahap sekarang. Skim ini diperkenalkan pada bulan Mac 2020 bagi mengatasi impak penularan wabak Covid-19. Penganalisis berpandangan bahawa terdapat kemungkinan bahawa ECB akan meningkatkan pembelian bon pada suku berikutnya.
Pada bulan Disember yang lalu, ECB mengeluarkan prospek jangkaan bahawa KDNK di zon Eropah akan meningkat sebanyak 3.9% pada tahun ini dan 4.2% pada tahun 2022. ECB dijangka akan mengeluarkan anggaran baru pada hari ini.
Matawang Euro masih mengukuh walaupun susut sedikit dari paras tinggi iaitu sebanyak 0.20% pada paras tukaran 1.1951 setakat jam 9.10 p.m.