Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran telah mendekati angka pra pandemik pada minggu lalu. Ini membawa indikasi bahawa jumlah tuntutan semakin selaras dengan pertumbuhan pekerjaan yang didorong oleh aktiviti ekonomi yang rancak, peningkatan vaksinasi dan rangsangan fiskal yang besar.
Tuntutan awal untuk faedah pengangguran adalah sebanyak 406,000 bagi minggu yang berakhir pada 22 Mei berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis.
Bacaan ini jauh lebih rendah berbanding minggu sebelumnya yang mencatat jumlah tuntutan hanya 406,000, iaitu antara angka paling sedikit sejak pertengahan Mac 2020. Dimana Mac tahun lepas, kerajaan telah mengenakan perintah berkurung dan menyebabkan banyak sektor ekonomi ditutup bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Walaupun tahap itu masih di atas norma sebelum Covid-19 melanda Mac lalu, ia adalah yang paling dekat dengan trend sebelumnya sejak krisis bermula dan penurunan dari 444,000 minggu sebelumnya.
Dalam laporan berasingan, Jabatan Perdagangan mengekalkan anggaran awal keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama tidak berubah pada 6.4%.
Jumlah tuntutan pengangguran pada minggu yang berakhir pada 7 Mac 2020 sebelum pandemik melanda negara iaitu dimana jumlah tuntutan pengangguran 212,000. Sehingga 23 Mei 2020, jumlah tuntutan hampir 1.9 juta.
Walaupun tuntutan tetap meningkat selama fasa pandemik,namun dengan usaha kerajaan dan pengedaran vaksin yang pantas telah membantu kepada penurunan kes Covid-19.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain mengukuh sedikit sebanyak 0.03% kepada paras tukaran 90.045 setakat jam 9.02 p.m.