Jabatan Statistik Kanada baru sahaja mengeluarkan laporan mengenai kadar inflasi Kanada pada bulan Februari. Laporan terkini menunjukkan bahawa kadar inflasi tahunan meningkat kepada 1.1% pada bulan Februari.Iaitu meingkat sebanyak 1.0% setahun berbanding bulan Januari.
Lonjakan ini didorong oleh kenaikan harga gas yang lebih tinggi pada bulan Februari. Penganalisis pada awal menjangkakan bahawa kadar inflasi tahun meningkat kepada 1.3% pada bulan Februari.
Matawang US dolar mengukuh berbanding Kanada dolar sebanyak 0.22% kepada paras 1.2466 setakat jam 9.00 p.m.
Pasaran kini terus memberi tumpuan pada mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis. Jangkaan bahawa Powell mungkin akan cuba berusaha untuk meredakan kebimbangan pasaran dengan kenyataan yang lebih optimis terhadap pemulihan yang didorong oleh pelancaran vaksin Covid-19 dan rangsangan fiskal kerajaan.