Berdasarkan laporan NFP bulan April yang baru dikeluarkan sebentar tadi oleh Jabatan Buruh menunjukkan bahawa ekonomi A.S hanya mampu mencipta pekerjaan yang lebih sedikit daripada jangkaan para pakar ekonomi. Perkara ini menimbulkan keraguan terhadap pemulihan ekonomi.
Bacaan bulan April jauh berbeza dengan angka pekerjaan bulan Mac yang mencatat pertumbuhan yang pantas berikutan didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang lebih kuat dan program vaksinasi yang agresif.
Jabatan Tenaga Kerja mengatakan hanya 266,000 pekerjaan NFP yang ditambahkan hingga pertengahan bulan lalu, berbanding jangkaan untuk jumlah di bawah 1 juta. Di samping itu, kenaikan gaji bulan Mac disemak semula sebanyak 146,000 dengan bacaan akhir sebanyak 770,000.
Kadar pengangguran meningkat kepada 6.1% daripada 6.0% pada bulan April. Penganalisis menjangkakan ia akan turun kepada 5.8%.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain terus menjunam sebanyak 0.54% kepada paras tukaran 90.420 setakat jam 09.00 p.m.
Indeks pasaran hadapan Dow Jones juga jatuh sebanyak 40 mata.
Laporan perkerjaan pada bulan April menjadi tumpuan pasaran kerana ia menjadi penentuan sama ada Federal Reserve akan mengekalkan dasar kadar sifar dan langkah-langkah pelonggaran lain dalam menghadapi pemulihan ekonomi atau tidak.
Oleh kerana kebimbangan pasaran mengenai inflasi, beberapa kelompok di Wall Street percaya laporan pasaran pekerjaan yang kukuh dapat membuktikan tanda awal bagi Fed bahawa ekonomi kembali pulih.