Menjadi satu-satunya data ekonomi yang dikeluarkan pada hari ini, jualan runcit Jepun nyata tidak mengecewakan pelabur dengan catatan yang memberangsangkan pada bulan November.
Bacaan data jualan runcit Jepun meningkat untuk bulan ketiga berturut-turut, dengan kenaikan 1.2% pada bulan lepas kerana disokong oleh peningkatan dalam penjualan pakaian dan kenderaan bermotor.
Peningkatan ini sejajar dengan kes coronavirus yang terus berkurangan dan sekatan yang ditarik semula pada akhir September di negara matahari terbit itu.
Namun, bagi menyokong pemulihan dalam ekonomi yang berterusan, kerajaan perlu mengawal penularan varian Omicron lebih luas.
Setelah negara itu melaporkan kes pertama penyebaran komuniti Omicron minggu lalu di wilayah Osaka barat, satu lagi kes ditemui pada Khamis di Kyoton dengan beberapa kes lain juga disahkan di tempat lain pada hujung minggu.
Bagi mendapatkan perbelanjaan pengguna yang kukuh dalam menghadapi ancaman terbaharu Omicron dan gangguan rantaian bekalan dunia yang menyuramkan prospek untuk memacu pertumbuhan.
Mata wang yen Jepun malangnya gagal mendapat manfaat susulan penerbitan data tersebut, memperlihatkannya kekal didagangkan lemah berbanding kebanyakan mata wang utama.