Mengikuti perkembangan kes saman antara Ripple Labs dan Securities and Exchange Commission (SEC), rata-rata berpendapat isu tersebut akan meraih kata putus tidak lama lagi.
Pada masa yang sama, penganalisis teknikal Ali Martinez menyifatkan XRP mampu memberi keuntungan kepada para pelaburnya berdasarkan pemerhatian terhadap indeks 30D Market Value to Realised Value (MVRV).
Jelas Martinez, indeks tersebut susut kepada -0.91% baru-baru ini. Untuk pengetahuan, setiap kali MVRV mencecah 0%, ia menjadi petanda untuk menambah lagi aset XRP.
Whales XRP juga dilihat sedang mengumpul aset tersebut. Perkara ini dapat dipastikan dengan data Santiment mendedahkan alamat wallets yang memiliki lebih 10 juta token XRP telah meningkat sekitar 4.90%, termasuk sebanyak hampir 15 whales baru telah menyertai rangkaian itu sepanjang minggu lalu.
Sebaliknya berlaku ketika SEC mengumumkan saman terhadap pengasas Ripple, wallets yang memiliki 10 juta XRP telah susut bersama alamat whales XRP, kira-kira 18 alamat.
Baru-baru ini juga XRP mendapat perhatian komuniti kripto dengan trending #RelistXRP di laman Twitter, menggesa pertukaran kripto untuk menyenaraikan semula XRP. Ia juga menunjukkan jangkaan lonjakan terhadap harga token itu.
Sama ada exchanges atau pertukaran kripto akan menyenaraikan kripto itu atau tidak, boleh dikatakan harga XRP kini sudah di fasa ‘selamat’, hampir didorong oleh runcit.
Mungkin lebih menarik jika pelabur aktif XRP mampu membawa harga XRP ke paras yang lebih tinggi, mungkin sekitar $1? Sama seperti yang dilakukan terhadap Dogecoin (DOGE).
Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.53, melonjak lebih 9% dalam 24 jam.