US dolar pada hari ini kembali mengukuh di paras positif kerana didorong oleh kestabilan dalam hasil perbendaharaan. Walaubagaimanapun, para pelabur masih melihat bahawa matawang tetap bearish dalam jangka masa terdekat ini.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat peningkatan sebanyak 0.21% kepada paras tukaran 90.260 selepas menyusut lebih dari 0.5% sepanjang minggu ini.
Disisi lain matawang Euro yang mencatat pengukuhan besar berbanding US dolar kembali kehilangan posisi dengan susut sebanyak 0.37% kepada paras 1.2161 setakat jam 10.00 p.m. Matawang GBP walaubagaimanapun masih mengekalkan trend yang positif berbanding US dolar setelah gabenor BoE, tidak mempunyai kecenderungan terhadap kadar negatif.
Dolar Australia dan New Zealand masing-masing jatuh 0.5% dan 0.5%, dengan Aussie mencecah $ 0.7734 dan Kiwi pada $ 0.7181.
Para penganalisis berpendapat US dolar masih menunjukkan trend menurun selagi prospek pemulihan ekonomi global masih berlaku.
Inflas A.S pada bulan Disember naik kepada 1.4%.Pasaran bakal memberi tumpuan pada ucapan Gabenor the Fed dan Naib Pengerusi pada hari Khamis dalam pengumuman Buku Beige.