Hampir 100 pips lonjakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY semalam, ada trader yang ‘terciduk’ ke?
Pastinya ramai yang tidak menjangkakan pergerakan agresif ini pada sesi New York semalam yang didorong oleh perubahan nilai US dolar yang ketara disebabkan oleh faktor tumpuan.
Pada awal sesi, harga pada carta USD/JPY dilihat masih meneruskan corak penurunan sehingga harga mencecah hampir ke paras 108.700 untuk mencatatkan paras terendah terbaru sejak Mei.
US dolar menyusut pada awalnya setelah laporan data pekerjaan ADP NFP untuk sektor swasta mencatatkan bacaan yang lemah berbanding jangkaan dan memberi isyarat kurang baik untuk laporan NFP pada Jumaat ini.
Namun, harga kemudiannya melonjak lebih 90 pips dari paras 108.700 sehingga ke paras ketinggian 109.670 melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat perubahan trend bullish harga.
Selepas data tinjauan sektor perkhidmatan AS diterbitkan positif, US dolar terus disokong oleh isyarat oleh Federal Reserve (Fed) untuk langkah pengetatan dasar monetari.
Komen bernada hawkish oleh Timbalan Pengerusi Fed telah mendorong peningkatan ketara nilai US dolar sehingga ke penghujung sesi New York.
Kenaikan harga diteruskan pada dagangan bersambung pada Khamis dengan zon rintangan 109.700 masih diuji untuk harga tembusi.
Melepasi zon tersebut akan menguatkan jangkaan untuk pergerakan trend bullish harga untuk menuju ke zon tumpuan seterusnya pada ketinggian sekitar 110.200.
Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menguji zon rintangan pada 110.600 yang beberapa kali diuji pada dagangan minggu-minggu sebelum ini.
Namun jika US dolar kembali lemah semula menjelang laporan NFP, berkemungkinan harga boleh susut semula sehingga ke zon support 108.700 yang dicecah semalam.
Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG