Dolar Kanada didagangkan lebih kuat berbanding greenback, disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah dan US dolar yang bergerak perlahan menjelang NFP AS.
Memasuki sesi Eropah, loonie diperdagangkan di sekitar harga 1.2550 berbanding US dolar, tidak jauh dari paras tertinggi empat minggu yang dicapainya pada 1.2540.
Pergerakan greenback terbatas ketika pelabur mengambil langkah berhati-hati sementara menantikan pengeluaran data pekerjaan NFP.
Sentimen pasaran yang bertambah baik juga menyokong dolar loonie, lebih-lebih lagi selepas kesepakatan antara Demokrat dan Republikan di Kongres AS dicapai untuk meningkatkan had siling hutang kepada $408 bilion hingga awal Disember.
Sementara itu, loonie juga memanfaatkan pengukuhan harga minyak mentah dunia yang naik ke paras tertinggi 7 tahun. Kanada adalah pengeluar komoditi utama, termasuk minyak. Oleh itu, dolar looni cenderung untuk meningkat apabila harga minyak meningkat.
Ketika pasaran meletakkan tumpuan pada laporan NFP, data pekerjaan Kanada juga akan diperhatikan pelabur pasangan matawang USD/CAD yang akan turut dikeluarkan pada sesi New York.
Ekonomi Kanada dijangka akan menambah sebanyak 59,500 pekerjaan pada bulan September, merosot daripada bacaan sebelumnya sebanyak 90,200. Sementara kadar pengangguran pula diramalkan turun kepada 6.9% daripada 7.1% yang dicatatkan sebelumnya.