Bank Pusat England (BOE) dengan berhati-hati mengawasi pasaran perumahan Britain yang sedang berkembang pesat berikutan kesan dari pemulihan yang kuat dari Covid-19 akan menyebabkan peningkatan inflasi yang lebih luas.
Dalam temubual bersama The Guardian pada Selasa, Wakil Gabenor BOE Dave Ramsden memberitahu bahawa bank pusat menjangkakan kenaikan tekanan harga sementara, dan jawatankuasa BOE yang lain juga menyedari mengenai risikonya.
Ramsden, yang juga bertanggungjawab untuk pasaran dan perbankan, mengatakan terdapat risiko permintaan yang meningkat melebihi penawaran, dan ini akan menyebabkan peningkatan terhadap tekanan inflasi yang lebih tinggi.
Oleh itu, BOE akan berhati-hati dan mengawasi risiko terhadap kenaikan tekanan inflasi secara umum.
Inflasi, seperti yang diukur oleh indeks harga pengguna di UK, berada pada tahap 1.5% dan dijangka meningkat di atas sasaran 2% untuk jangka waktu pendek dalam beberapa bulan akan datang.
Pertumbuhan harga rumah UK secara tahunan meningkat 10.9% pada bulan Mei, kenaikan terbesar dalam tempoh tujuh tahun, di mana penangguhan duti setem oleh kerajaan mendorong permintaan.