Isyarat hijau yang memberi kegembiraan kepada para pelabur hanyalah sementara setelah lautan darah kembali membadai pasaran matawang kripto.
Nilai gabungan (marketcap) pasaran kripto meningkat 4.4% pada semalam kepada $1.6 trilion, menurut data pada coinmarketcap. Antara yang utama adalah Cardano yang memperolehi kenaikan lebih 20%.
Pada nilai semasa, Cardano adalah mata wang kripto keempat terbesar dengan jumlah permodalan pasaran $52.9 bilion.
Walaupun pasaran kripto dilihat lemah, Cardano masih kekal kukuh dalam pasaran dan melancarkan pelbagai projek berpotensi. Antara yang terbaru, Hardfork Alonzo telah dilancarkan pada 27 Mei, menjadi testnet pertama untuk rangkaian Cardano.
Meneliti carta pergerakan harga ADA/USDT setakat pembukaan pasaran hari ini, harga dilihat telah membuat penyusutan pada 26 Mei dan kembali membuat kenaikan hampir 30% daripada paras terendah $1.3 pada semalam.
Pandangan sudut teknikal, trend kenaikan dapat dilihat pada pergerakan harga ADA yang telah menembusi zon RBS sekitar $1.36-$1.52 sebelum ini dan membuka dagangan hari ini di atas paras $1.60.
Sekiranya harga terus kukuh mengekalkan momentum kenaikan, zon SBR (support become resistance) sekitar $1.74 – $1.90 bakal menjadi sasaran untuk dicapai dan seterusnya menyambung semula trend kenaikan harga.
Namun jika pergerakan harga ADA kembali membuat penurunan, zon RBS (resistance become support) $1.40 akan diuji semula sebelum membuat penurunan yang lebih rendah ke paras sokongan sekitar harga $1.0.
Ketika penulisan, ADA didagangkan pada $1.56, susut 10% dalam 24 jam.
Lihat gambar carta matawang kripto ADA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.