Tampaknya matawang kripto yang sebelum ini banyak diperkatakan dan menjadi bualan hangat di kalangan para pelabur matawang kripto terus membuat penurunan lebih rendah mengatasi paras pembukaan pasaran pada platform Binance pada 10 Mei lalu.
Pergerakan matawang kripto Shiba Inu (SHIB) terus menggugat harapan para pelabur berikutan prestasinya yang terus membuat penyusutan lebih rendah ketika ini walaupun CEO Ethereum Vitalik Buterin, juga pemegang Shiba Inu ada membuat ‘burning token’ sebanyak 90% daripada pegangannya.
Sebelum ini ketika penyenaraian SHIB di platform Binance, harga telah melonjak ke paras tertinggi pada $0.00005 memberikan keyakinan tinggi terhadap potensinya. Namun, situasi yang berubah ini telah kembali buatkan para pelabur SHIB goyah.
Terdapat spekulasi yang berlegar dalam pasaran yang menyatakan bahawa Shiba Inu ini hanyalah ‘shitcoin’ semata-mata. Adakah ia benar?
Shiba Inu (SHIB) yang digelar sebagai ‘Doge Killer’ atau pencabar Dogecoin, kini telah mencatatkan paras terendah terbaru sekitar harga $0.00000629 setelah jatuh dari paras harga $0.00001575 iaitu paras pembukaan pasaran semalam.
Untuk jangkaan kenaikan semula harga, berkemungkinan SHIB bakal menguji zon SBR (support become resistance) sekitar harga $0.000012-$0.000015 semula sebelum menyambung kenaikan yang lebih tinggi.
Namun sebaliknya jika penurunan harga diteruskan, paras harga $0.000008 bakal diuji terlebih dahulu sebagai penentu sama ada harga boleh meroket lebih tinggi atau boleh membuat junaman ke paras yang lebih rendah.
Lihat gambar carta matawang kripto SHIB/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.