Tumpuan sesi Eropah menyaksikan jualan runcit UK melonjak lebih tinggi dari dijangkakan walaupun kebanyakan kedai masih ditutup disebabkan pelaksanaan langkah sekatan yang ketat.
Penjualan runcit meningkat 5.4% pada bulan Mac, meningkat dua kali ganda dari 2.2% bulan sebelumnya, lapor Pejabat Perangkaan Negara (ONS). Bacaan ini jauh melebihi jangkaan pasaran untuk kenaikan hanya 1.5%.
Angka-angka ini menunjukkan pengukuhan permintaan pengguna walaupun langkah sekatan masih dilaksanakan.
Peningkatan ini didorong oleh penjualan pakaian yang melonjak 17.5%, dan kedai yang tidak menjual makanan mencatat pertumbuhan 13.4%. Penjualan bahan bakar pula melonjak 11.1%.
Kedai-kedai yang tidak penting mula dibuka semula pada 12 April ketika pentadbiran Perdana Menteri Boris Johnson membuat kemajuan besar dalam menvaksin penduduk UK. Ini meningkatkan lagi jangkaan pasaran untuk pemulihan yang lebih kuat pada bulan-bulan yang akan datang.
Bacaan positif ini telah mendorong dagangan matawang pound untuk meningkat lebih tinggi, ketika tumpuan pasaran kini terarah kepada penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK pada petang ini.