Kava menggunakan ciri-ciri zon ekosistem untuk menyediakan interoperability dan sokongan kepada matawang digital yang berada di blockchain berbeza, seperti Bitcoin dan XRP.
Menyaksikan 50% lonjakan harga dalam tempoh seminggu dengan mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai paras $8.90.
‘Kava Swap’ yang bakal dilancarkan pada 30hb Ogos menjadi penantian oleh para pelabur.
The next-gen AMM, @Kava_Swap, launches in 7 days on August 30th at 15:00 UTC. 🗓️👀
Learn more: https://t.co/tT2uqVPWJK pic.twitter.com/4NQ2k2U4PW
— Kava (@KAVA_CHAIN) August 24, 2021
Projek tersebut juga telah mendorong pergerakan harga Kava mencatatkan ATH terbaru.
Dilihat berpotensi dalam pasaran kerana melancarkan beberapa projek secara konsisten yang sebelum ini baru sahaja melancarkan pertandingan testnet.
Seterusnya, teliti carta pergerakan semasa harga KAVA/USDT.
Sesi dagangan bulan Ogos, Kava telah menghasilkan 75% lonjakan secara konsisten.
Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat masih kekal dengan momentum kenaikan dan sedang berlegar-legar untuk menuju kembali ke paras resistance $8.5.
Sekiranya pergerakan harga kekal dengan momentum kenaikan, paras resistance sekitar $8.5 bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Paras tersebut kemungkinan bakal menjadi penentu untuk Kava melonjak secara agresif dan mencatatkan ATH terbaru lagi.
Namun, jika harga Kava kembali menyaksikan trend bearish, zon RBS (resistance become support) sekitar $7.0 bakal diuji semula sama ada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang terendah.
Ketika penulisan, Kava didagangkan pada harga sekitar $7.9 dengan jumlah dagangan lebih $244 juta dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-114 dalam pasaran kripto.
Lihat gambar carta matawang kripto KAVA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.