Polkadot (DOT) yang sinonim dikaitkan sebagai pesaing Ethereum (ETH) turut tidak ketinggalan untuk membuat pembetulan harga (correction) sebanyak 60% setelah melonjak hingga 2,300% daripada paras harga ketika pelancarannya di platform Binance pada Ogos 2020.
Rangkaian Polkadot ini juga terus mendapat perhatian daripada kebanyakan para pelabur mengenai teknologi dan projeknya yang gah. Kebanyakan para penganalisis kripto juga menjangkakan harga DOT berpotensi mencatatkan paras ketinggian yang lebih tinggi.
Disebabkan itu juga, DOT mampu membuat kenaikan agresif dan mengganas daripada paras harga $4 untuk terus merekodkan paras ATH sekitar harga $50 dalam masa hanya 10 bulan sahaja!
Dapat diperhatikan pada carta pergerakan harga DOT/USDT, nampaknya harga DOT terus membuat penyusutan selepas sahaja mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru tersebut pada 15 Mei.
Pergerakan harga DOT terus melepasi zon SBR (support become resistance) sekitar harga $30 dan kembali membuat kenaikan semula sebanyak 20% pada pembukaan dagangan hari ini.
Zon SBR $30 perlulah dilepasi oleh DOT sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi dan menguji zon resistance yang pernah dicapai sekitar harga $40 – $50.
Tetapi jika pergerakan harga bagi Polkadot terus membuat penurunan yang lebih rendah lagi, paras harga $15 – $20 bakal diuji yang merupakan paras terendah yang pernah dicatatkan ketika pembukaan pasaran 2021.
Dapat dilihat kebanyakan mata wang kripto mula membuat kenaikan sedikit demi sedikit selepas membuat penurunan yang terus memberikan kejutan dan tekanan kepada para pelabur.
Lihat gambar carta matawang kripto DOT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.