Zcash berperanan sebagai sistem pembayaran digital dan desentralisasi dimana mempunyai fungsi yang sama seperti Bitcoin. Ia menggunakan teknologi ‘zk-SNARK’ yang membolehkan nod pada rangkaian untuk mengesahkan transaksi tanpa mendedahkan sebarang maklumat sensitif mengenai transaksi tersebut.
Zcash ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Cypherhunk, dan ia pada asalnya berdasarkan codebase Bitcoin.
Kelebihan utama Zcash terletak pada sifatnya yang tanpa nama (anonymity), berbeza dengan kebanyakan matawang kripto lain, yang membuat setiap butiran transaksi secara awam, namun Zcash menyembunyikan maklumat dalam transaksi untuk melindungi privasi dan sejarah kewangan. Urus niaga boleh disahkan dengan cepat dan yuran transaksi yang rendah.
Seterusnya, mari kita lihat carta pergerakan harga ZEC/USDT.
ZEC merekodkan potensi dalam pasaran dengan menghasilkan lebih 500% kenaikan pada pembukaan pasaran tahun 2021 bermula Januari sehingga 12 Mei dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) $372.00.
Pandangan sudut teknikal, ZEC dilihat berjaya menembusi zon RBS (resistance become support) sekitar $140 dimana paras rintangan tersebut diuji beberapa kali sebelum ini.
Menurut jangkaan seterusnya, jika ZEC meneruskan trend bullish, pergerakan harga bakal membuat kenaikan untuk menguji zon SBR (support become resistance) semula sekitar harga $165-$180.
Paras rintangan tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi untuk menuju ke zon SBR yang seterusnya.
Namun, jika pergerakan harga menyaksikan trend bearish, zon RBS bakal diuji kembali sebelum meneruskan penurunan ke zon support sekitar $100 yang pernah dicatatkan sebelum ini dan bakal menjadi perhatian para pelabur.
Sewaktu penulisan, ZEC didagangkan $144 melonjak lebih 7% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto ZEC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.