Komoditi hitam menuju kenaikan mingguan kedua berturut-turut setelah meraih sokorangan daripada optimisme pasaran terhadap kenaikan permintaan bahan bakar global.
Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan WTI Amerika Syarikat didagangkan stabil di sekitar harga $65 setong, manakala minyak mentah Brent pula positif pada $68 setong.
Berita positif mengenai Amerika Syarikat dan Eropah akan mengurangkan sekatan pergerakan telah menyokong pergerakan harga pada minggu ini.
Jangkaan untuk kenaikan permintaan global terus meningkat setelah pasaran diperlihatkan dengan bacaan data ekonomi yang menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan di negara-negara pengguna utama minyak mentah iaitu AS dan China.
Di China, pertumbuhan eksport meningkat pada bulan April sementara sektor perkhidmatan terus berkembang, menolak jangkaan perlambatan dalam pertumbuhan di ekonomi kedua terbesar di dunia itu.
Selain itu, keyakinan turut disokong oleh pembacaan laporan bekalan minyak mentah yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) dan Institut Petroleum Amerika (API) yang menunjukkan penurunan ketara.
Ini menandakan permintaan minyak mentah di AS semakin pulih ketika kebanyakan aktiviti ekonomi telah berjalan semula.