Dengan logo rasmi Unicorn, Uniswap tidak tergugat untuk tampil mendominasi pasaran pertukaran tidak berpusat (decentralized exchange) atau DEX di rangkaian Ethereum.
Uniswap merupakan protokol pertukaran tidak berpusat yang dibina di Ethereum pada 2018 dan lebih menfokuskan kepada penukaran token ERC20.
Tidak terlepas juga, Uniswap memiliki ciri protokol kecairan automatik yang membenarkan penggunanya berdagang tanpa halangan dengan ciri desentralisasi dan penapisan yang tinggi.
Dapat diperhatikan pada carta pergerakan harga UNI/USDT, harga UNI telah melonjak melebihi 100% daripada paras sokongan sekitar harga $18-$20 setelah berlakunya penyusutan yang mendadak pada dagangan Mei.
Lonjakan yang terjadi telah mendorong harga UNI untuk kembali menguji zon SBR (support become resistance) sekitar harga $27-$30 sebelum jangkaan untuk harga melonjak lebih tinggi.
Untuk kenaikan yang lebih tinggi, paras harga yang disasarkan adalah pada sekitar $36-$38 yang merupakan paras SBR seterusnya sebelum harga menuju ke paras ketinggian sepanjang masa (ATH) pada paras harga $45.
Sekiranya menepati jangkaan kenaikan tersebut, ia bakal memberi isyarat perubahan trend kepada para pelabur dan secara tidak langsung bakal memberi keyakinan untuk harga meneruskan trend bullish.
Namun pelabur juga perlu berwaspada, jika pergerakan harga kembali membuat penurunan semula. Paras sokongan sekitar $18-$20 bakal menjadi tumpuan untuk diuji sebelum dinilai sama ada zon tersebut mampu untuk menyokong semula kenaikan harga yang lebih drastik.
Sekiranya harga UNI membuat penurunan yang lebih rendah, paras harga sekiatar $13 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji atau bakal mencecah ke paras yang lebih rendah lagi.
Setakat jam 4.30 petang waktu tempatan, harga UNI sedikit membuat lonjakan melebihi 2% untuk didagangkan di atas paras harga $27.
Lihat gambar carta matawang kripto UNI/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.