Kusama, berperanan sebagai rangkaian canary polkadot, dibangunkan oleh sebuah pasukan yang mencipta Polkadot iaitu syarikat Parity Technologies.
Pada penghujung bulan Ogos, Kusama telah menyaksikan pergerakan harga yang drastik, menghasilkan 42% lonjakan mencapai paras tertinggi $421.
Namun, Kusama dilihat masih mengekalkan pergerakan harga yang konsisten sehingga pembukaan sesi dagangan bulan September, menghasilkan 13% lonjakan sehingga sesi dagangan hari ini.
Hasil lonjakan tersebut telah didorong oleh beberapa faktor iaitu ‘Lelongan slot parachains‘ yang tersedia di ekosistem Polkadot.
Sementara itu, mari teliti carta pergerakan semasa harga KSM/USDT.
KSM dilihat masih mengekalkan pergerakan harga positif dan telah membuat paras tertinggi terbaru $431 dicatatkan dalam beberapa jam yang lalu.
Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat sedang menunjukkan trend bullish dan sedang menguji zon resistance sekitar $420.
Penganalisa kripto menjangkakan, jika pergerakan harga kekal dengan trend bullish, pergerakan harga bakal menembusi zon resistance $420 tersebut dan membuat paras tertinggi terbaru berturut-turut.
Manakala, jika pergerakan harga kembali menunjukkan trend bearish, zon RBS (resistance become support) bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.
Sewaktu penulisan, KSM/USDT diperdagangkan pada $420 dengan lonjakan lebih 4% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto KSM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.