Dah Tiba Masanya Untuk Polkadot (DOT) Melonjak Tinggi?

822

Polkadot (DOT) menunjukkan isyarat bullish selepas mencatatkan penyusutan harga sehingga $10.36 pada 20 Julai, sebelum melonjak 205% ke paras tertinggi harian, $31.70 pada 31 Ogos.

Pergerakan positif ini sedikit sebanyak didorong oleh beberapa faktor yang berkait rapat dengan ekosistem rangkaian itu.

  • Lelongan slot parachains

Bidaan untuk projek-projek mengisi slot terhad parachains yang tersedia di ekosistem Polkadot bermula lagi.

Kali ini Kusama (KSM) dilaporkan dalam proses untuk mulakan lelongan slot parachains yang tersedia di Polkadot selepas tamat pemilihan batch pertama pada hujung Julai.

Manakala, batch kedua akan bermula pada 1 September.

Ini bermakna pengguna akan mengundi menggunakan token DOT, sekaligus akan menyebabkan bekalan dalam kitaran berkurangan dan memberi tekanan terhadap harga DOT.

Lelongan parachains Polkadot akan bermula sebaik sahaja kesemua lelongan di rangkaian Kusama selesai.

  • Jangkaan projek yang lebih banyak

Ekosistem Polkadot menanggung sejumlah besar protokol dan sokongan infrastruktur sejak setahun lalu.

Melalui jangkaan lelongan parachains di Polkadot tidak lama lagi, ini bermakna ekosistem ini akan terus mengembangkan keupayaannya dengan menerima lebih banyak projek baru.

Lagi-lagi parachain Kusama setakat ini berjalan lancar tanpa sebarang kekangan yang dihadapi sepanjang bersiaran.

  • Rekod dagangan 24 jam menjulang tinggi

Pada 31 Ogos, DOT menyaksikan rekod dagangan dalam 24 jam meningkat lebih 300% ke paras tertinggi, $5.41 bilion, didorong oleh keterujaan pelabur dengan lelongan parachains oleh Kusama.

Jika Kusama sekali lagi memcatatkan proses pelancaran lelongan dan melancarkan proses untuk mulakan di Polkadot, permintaan DOT tidak mustahil akan meningkat, menyebabkan harganya turut melonjak.

Ketika penulisan, DOT mencatatkan harga $29.11 meningkat hampir 9% dalam 24 jam. Manakala KSM mencatatkan nilai $388.58, meningkat lebih 21%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat