Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken mengencam China dengan mengatakan bahawa negara Asia itu bersikap lebih agresif dan memperlihatkan lebih banyak sifatnya yang menindas.
Semasa lawatannya ke Jepun, Blinken memberi peringatan bahawa Amerika Syarikat akan meningkatkan tekanan terhadap Beijing jika perlu.
China menggunakan paksaan dan pencerobohan secara sistematik untuk mengikis autonomi di Hong Kong, melemahkan demokrasi di Taiwan, menyalahgunakan hak asasi manusia di Xinjiang dan Tibet, dan tuntutan Laut China Selatan.
Menurut Blinken, Amerika turut bersatu dalam visi Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka, di mana negara-negara mengikuti peraturan, sentiasa bekerjasama dan menyelesaikan perselisihan mereka dengan aman.
Oleh itu, Amerika akan menolak jika China menggunakan paksaan atau penindasan untuk mendapatkan apa yang diingini.
Kenyataan Blinken muncul beberapa hari sebelum beliau dan penasihat keselamatan negara, Jake Sullivan mengadakan perbincangan secara langsung dengan perwakilan China.
Bliken dan Sullivan akan bertemu dengan Yang Jiechi, anggota badan pembuat keputusan tertinggi Parti Komunis, dan Wang Yi iaitu menteri luar negeri di Alaska pada 18 Mac.