Institusi Dana Monetari Antrabangsa (IMF) menjangkakan pemulihan ekonomi akan lebih pantas pada tahun 2021 ketika pengedaran vaksin Covid-19 sedang dipergiatkan. Walaubagaimanapun, IMF memberi amaran bahawa cabaran lebih sukar menanti memandangkan pemberian dos adalah berbeza di seluruh dunia.
Pada hari Selasa, organisasi itu mengatakan bahawa mereka menjangkakan ekonomi dunia akan bertumbuh 6% pada tahun 2021, meningkat daripada ramalan 5.5% pada bulan Januari. Bagi tahun 2022 pula, KDNK global akan bertumbuh sebanyak 4.4%, lebih tinggi daripada anggaran sebelumnya sebanyak 4.2%.
Menurut ketua ekonomi IMF, Gita Gopinath, ‘walaupun hala tuju pandemik masih tidak pasti, namun jalan keluar dari krisis kesihatan dan ekonomi ini semakin jelas’.
Rangsangan fiskal terbaru yang diumumkan di A.S., bersama dengan pengedaran vaksin di seluruh dunia, menjadikan IMF lebih yakin dengan ekonomi global tahun ini. Walaubagaimanapun, terdapat kekhuatiran mengenai kadar pemulihan pandemik Covid-19 di seluruh dunia dan impak terhadap ekonomi.
IMF menganggarkan pertumbuhan 5.1% untuk ekonomi maju pada tahun ini, dengan Amerika Syarikat berkembang sebanyak 6.4%. Sementara itu, ekonomi negara berkembang adalah 6.7% untuk 2021.
Tambah Gopinath, kesenjangan pendapatan di dalam negara kemungkinan akan meningkat kerana pekerja muda dan mereka mempunyai kemahiran yang lebih rendah akan terkesan.
Tamsilnya IMF menyarankan, pentadbir negara lebih memberi tumpuan untuk menangani krisis dengan memberi sokongan fiskal dan perawatan kesihatan.