Pelabur meneliti pergerakan Pound pada awal minggu ini selepas pengukuhan yang dipaparkan pada penghujung minggu lalu yang disokong oleh rancangan pelaksanaan cukai di UK oleh Perdana Menteri Boris Johnson.
Pengukuhan Pound dilihat gagal untuk dikekalkan berkemungkinan pelabur berwaspada menjelang laporan data pekerjaan UK yang akan diterbitkan pada awal sesi Eropah hari ini (Selasa).
Bacaan angka laporan tersebut boleh mempengaruhi keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat England (BOE) pada minggu hadapan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-pound-berisiko-10am
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat memaparkan penurunan pada permulaan dagangan awal minggu semalam menuju ke support 1.38000.
Sebaik sahaja harga mencecah paras 1.38000 tersebut, harga mula meningkat semula 50 pips ke paras ketinggian sekitar 1.38500 sebelum pergerakan harga perlahan mengakhiri sesi pasaran New York.
Pergerakan harga perlahan bersambung pada awal sesi Asia pagi ini (Selasa), berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD untuk memberi petunjuk arah pergerakan harga selanjutnya kepada pelabur.
Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, zon rintangan pada 1.39000 akan kembali diuji untuk minggu ketiga berturut-turut.
Melepasi benteng halangan tersebut akan mendorong kenaikan harga menuju paras tumpuan lebih tinggi sekitar 1.40000.
Sebaliknya jika harga menjunam lebih rendah di bawah paras 1.38000, pergerakan trend bearish harga dijangka akan mendorong harga susut lebih rendah menuju support 1.37000 melepasi support minggu lalu sekitar 1.37300.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG