Harga minyak mencecah paras terendah sejak awal Februari ketika gelombang baru jangkitan di Eropah telah mengurangkan harapan untuk pemulihan lebih cepat dalam permintaan bahan bakar global.
Pada sesi Asia, niaga hadapan WTI Amerika Syarikat didagangkan lemah di sekitar harga $57.85 setong, sementara minyak mentah Brent pula diniagakan berlegar pada 60.80 setong.
Kedua-dua penanda aras telah jatuh lebih 14% dari tahap tertinggi yang dicapainya pada awal bulan ini.
Pemulihan permintaan di Eropah dijangka terjejas selepas Jerman melanjutkan lagi penutupan coronavirus sehingga 18 April, dan Canselor Angela Merkel juga menggesa rakyatnya supaya duduk di rumah selama 5 hari pada cuti Easter Day.
Menambahkan lagi tekanan, bekalan minyak mentah Amerika Syarikat dilaporkan meningkat sebanyak 2.9 juta tong pada minggu lepas, menurut anggaran yang dikeluarkan Institut Petroleum Amerika (API).
Selain itu, sekatan hak asasi manusia terhadap China yang dikenakan oleh AS, Eropah dan Britain yang telah mendorong sekatan balas dari Beijing juga menambah kebimbangan pasaran.