Menuju ke penghujung minggu, Pound Sterling menyambung penyusutan pada dagangan Rabu semalam susulan tekanan risiko ketidaktentuan di UK berhubung isu vaksin.
Pelabur yang berwaspada berkemungkinan mengambil dahulu keuntungan pada posisi dagangan sebelum ini melihatkan pengukuhan Pound gagal dikekalkan di awal minggu.
Carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga yang meningkat ke paras ketinggian hampir 1.39200 di awal minggu telah menjunam sehingga jatuh semula di bawah zon 1.38000.
Zon tersebut yang dijangka untuk menyokong semula kenaikan harga gagal untuk membendung penurunan lebih rendah harga susulan keyakinan pelabur yang semakin pudar terhadap Pound.
Walaupun UK memaklumkan kes kesan sampingan darah beku akibat suntikan vaksin AstraZeneca adalah sangat jarang berlaku, kenyataan tersebut masih gagal untuk meredakan kebimbangan pelabur.
Agihan vaksin Moderna di UK selepas pembelian 17 juta dos diharapkan akan memulihkan kembali keadaan dan menyokong semula pengukuhan Pound pada minggu berikutnya.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-ok-pound-berisiko
Sesi Asia pada Khamis melihatkan harga pada carta GBP/USD sedikit meningkat dari paras 1.37300, namun peningkatan harga perlahan dan pelabur masih menjangkakan penurunan lebih rendah.
Penurunan di bawah paras 1.37000 seterusnya akan mendorong harga menuju ke paras 1.36000 dan mencatatkan paras terendah terbaru 9 minggu.
Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan, zon 1.38000 yang menjadi rintangan buat harga akan diuji untuk ditembusi.
Kenaikan lebih tinggi akan menguji paras ketinggian dicapai awal minggu sebelum menuju ke paras tumpuan 1.40000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI