US dolar terus menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sejak pembukaan pasaran Eropah namun matawang Euro dan matawang berisiko terus merosot berikutan pasaran masih berharap pakej rangsangan bernilai $1.9 trilion oleh Presiden Joe Biden akan diluluskan oleh Kongres dalam waktu terdekat.
Sentimen pasaran mula berubah dari agresif kepada lebih berhati-hati pada minggu lalu kerana data ekonomi Eropah menunjukkan bahawa langkah ‘lockdown’ yang bertujuan untuk menghadkan penularan pandemik Covid-19 telah memberi impak terhadap aktiviti perniagaan sehingga pasaran saham turut terkesan.
Disisi lain, pasaran beralih kepada matawang US dolar kerana sentimen yang didorong pelan bernilai $1.9 trilion oleh Presiden Joe Biden dan jangkaan bahawa bank pusat akan terus meningkatkan penawaran wang dalam pasaran.
Selain itu turut menghadkan pelaburan terhadap matawang berisiko adalah kerana kurangnya kemajuan dalam pengedaran vaksin Covid-19 serta kesan ‘lockdown’ terhadap ekonomi.
Menurut ketua strategi FX di CBIC Capital Markets, dijangkakan pertumbuhan ekonomi pada suku pertama tahun ini akan merosot dan harapan pasaran berkisar pada pakej rangsangan yang diumumkan.
Perjumpaan the Fed pada hari Khamis ini dijangka akan memberi isyarat bahawa tidak akan ada pengumuman untuk menghentikan rangsangan berjumlah besar dalam masa terdekat.
Dalam masa yang sama ketegangan semakin meningkat menjelang keputusan Federal Reserve pada hari Khamis. Bank pusat dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan menolak untuk pengurangan dalam skim pembelian bonnya.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat pengukuhan sebanyak 0.31% kepada paras tukaran 90.493 setakat jam 11.15 p.m.
Matawang pound kembali memaparkan penurunan ketika US dolar kembali meningkat, namun kekal didagangkan di bawah paras harga 1.37000. Dalam masa yang sama matawang Euro terus menyusut sebanyak 0.41% kepada paras tukaran 1.2119.