Pemimpin Majoriti Senat Mitch McConnell tegas menyatakan bahawa beliau akan menentang rancangan infrastruktur Presiden AS Joe Biden yang bernilai $2.25 trilion dalam apa-apa cara sekali pun.
Biden sebelum ini telah menyatakan harapan beliau bahawa cadangan itu bakal menarik sokongan bipartisan, tetapi McConnell dengan keras mengatakan Republikan akan menentang rancangan tersebut.
Hal ini susulan cadangan Biden untuk menaikkan kadar cukai korporat untuk membantu membiayai projek tersebut dari 21% kepada 28%.
“Ini adalah preskripsi yang salah untuk Amerika”, katanya pada sidang media. Cadangan itu dikatakan tidak akan mendapat sokongan dari Republikan kerana kenaikan cukai yang besar adalah perkara terakhir yang diperlukan oleh ekonomi.
Untuk pengetahuan, ketika zaman pemerintahan Donald Trump, Republikan telah menurunkan kadar cukai korporat dari 35% kepada 21% pada tahun 2017, jadi tidak hairanlah jika kenaikan oleh Biden ini akan membangkitkan kemarahan mereka.
Hal ini sememangnya sudah dijangka oleh pasaran memandangkan Republikan pernah menyatakan tentangan mereka sebelum ini.