Serum, sebuah desentralisasi pertukaran (DEX) yang dibina di ekosistem blockchain Solana ini telah menarik perhatian para pelabur apabila menyaksikan reputasi yang baik dalam pasaran.
Seiring dengan pergerakan harga Bitcoin menjadi impak kepada Serum menghasilkan 80% lonjakan secara konsisten.
Baru-baru ini, Serum berkongsi pelan hala tuju yang dikemas kini untuk membina kejayaan DEX.
https://twitter.com/ProjectSerum/status/1420995122238574592?s=20
Pelan hala tuju yang dikemas kini membangunkan standard API interface ke DEX Serum.
Projek dalam ekosistem Serum, membangunkan program insentif pembuat pasaran, dan mengoptimumkan prestasi RPC server untuk operasi DEX.
Meneliti kepada carta SRM/USDT, pergerakan harga SRM dilihat telah mencatatkan paras tertinggi terbaru sekitar $4.29 dalam beberapa hari yang lalu.
SRM memulakan kenaikan secara konsisten pada penghujung bulan Julai sehingga pada pembukaan pasaran bulan Ogos menghasilkan lebih 80% lonjakan.
Bagi sudut teknikal, nampaknya pergerakan harga kini menunjukkan trend penurunan untuk menguji kembali zon SBR (support become resistance) sekitar $3.8.
Sekiranya pergerakan harga SRM kekal dengan trend penurunan, zon SBR sekitar $3.8 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan ke paras terendah atau ianya hanya sekadar retracement.
Namun jika pergerakan harga kembali menunjukkan trend kenaikan, zon resistance sekitar $4.2 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji kembali sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Kenaikan lebih tinggi bakal berlaku jika sentimen pasaran menyokong lebih kuat pergerakan harga semasa.
Sewaktu penulisan, SRM/USDT didagangkan pada harga sekitar $3.8 susut lebih 1% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-169 dalam pasaran kripto.
Lihat gambar carta matawang kripto SRM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.