Pelabur mula mendapat isyarat untuk perubahan trend harga pada carta-carta pasangan mata wang utama pada Selasa semalam.
US dolar kembali bergerak lemah semula susut dari paras tertinggi 3 setengah bulan berikutan hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang kembali paparkan penurunan.
Situasi ini telah memberi ruang terhadap mata wang utama lain dalam pasaran untuk meningkat semula walaupun pengukuhan yang dipamerkan tidak sekata.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menunjukkan kenaikan semula setelah siri penurunan yang berterusan sejak 2 minggu lalu mencecah paras terendah sekitar 1.18340.
Namun dapat dilihat harga membuat kenaikan dari paras tersebut pada sesi Asia semalam menguji semula paras 1.19000 di zon SBR (support become resistance).
Walaupun pergerakan harga masih dalam trend bearish dan belum menembusi zon SBR 1.19000, kenaikan harga yang melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat awal untuk perubahan trend.
Namun, mata wang Euro dijangka tidak akan menunjukkan peningkatan yang ketara sementara pelabur berwaspada menjelang keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah pada Khamis.
Pergerakan harga mendatar di bawah paras 1.19000 di sesi New York sehingga bersambung ke sesi pasaran Asia pada Rabu.
Jika harga bergerak lebih tinggi melepasi zon tersebut hari ini, pelabur akan lebih yakin untuk menjangkakan harga akan meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Kenaikan harga seterusnya akan menguji zon rintangan pada 1.19500 sebelum menuju ke zon SBR 1.20000.
Sebaliknya jika US dolar kembali mengukuh semula dan menekan harga lebih rendah, penurunan harga bakal menguji paras sokongan 1.18340 sebelum mencatatkan paras terendah terbaru pada penurunan yang diteruskan dijangka ke zon harga 1.18000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI