Pelabur semakin berhati-hati terhadap dagangan Pound Sterling menjelang mesyuarat polisi bank pusat England pada Khamis membuatkan mata wang Britain tersebut bergerak lebih mendatar berbanding minggu lalu.
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, dapat dilihat pergerakan harga lebih mendatar sejak awal minggu ini berbanding corak kenaikan harga yang telah dipaparkan pada 2 minggu berturut-turut sebelum ini.
Belum memberi isyarat arah pergerakan yang jelas, harga berlegar di sekitar paras 1.39000 yang menjadi paras sokongan buat harga selepas kenaikan pada minggu lalu gagal mencapai paras rintangan 1.40000.
Berkemungkinan jangkaan untuk Bank of England (BOE) mengekalkan dasar yang longgar dalam usaha untuk menyokong ekonomi, membuatkan momentum pengukuhan Pound mula pudar kembali pada minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-bakal-kuat-10am
Sekiranya bank pusat sampaikan kenyataan bernada dovish, pelabur bakal menyaksikan kejatuhan semula harga pada carta GBP/USD di bawah paras 1.39000 menuju zon RBS (resistance become support) 1.38000.
Penurunan yang lebih rendah diteruskan seterusnya akan menuju kembali ke zon tumpuan 1.37000 dan boleh mencecah semula sehingga ke zon support 1.36000.
Namun jika kenaikan harga berjaya dilakukan pada minggu ini, zon rintangan 1.40000 akan diuji sekali lagi untuk memberi petunjuk arah pergerakan selanjutnya melalui reaksi harga pada zon tersebut.
Menembusi tersebut akan menguatkan jangkaan penganalisis untuk harga mengukuh sehingga mencapai ke paras ketinggian 1.41000 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG