Kumpulan pembangun MetaMask dalam pertemuan maya pertama yang diadakan pada malam tadi waktu tempatan mendedahkan mereka dalam perancangan untuk melancarkan token MetaMask.
Seperti yang dilakukan oleh beberapa platform DeFi: Uniswap dan 1Inch, MetaMask juga mahu menjalankan airdrop seiring dengan pelancaran tokennya kelak.
Jurutera perisian, Erik Marks menjelaskan bahawa mereka ketika ini bersedia dengan sebarang idea pembentukan token kripto tetapi pada masa yang turut bimbang dengan beberapa perkara.
Pembangun MetaMask tidak mahu mencipta token yang tidak memiliki kes penggunaan. Sebaliknya, mereka mahu pastikan token yang dilancarkan memiliki kes penggunaan yang menarik dan meluas.
Tidak cukup dengan itu, Marks bimbang jika ada kemungkinan berlakunya ‘pump and dump’.
Mungkin melalui penawaran syiling permulaan (ICO), komuniti akan menerima manfaat kerana adanya pump. Namun, sebaliknya akan berlaku jika mereka mula menjual dan dump token tersebut.
Sedia maklum MetaMask merupakan wallet yang sinonim dengan kebanyakan aplikasi DeFi berasaskan Ethereum. Dilaporkan setakat ini mereka menyaksikan 5 juta pengguna aktif setiap bulan.
Selain itu, MetaMask turut menawarkan penukaran token hanya melalui dalam wallet.
Adakah anda teruja dengan token MetaMask?