Harga emas menyusut rendah ketika matawang US dolar terus mencatatkan peningkatan setelah minit mesyuarat FOMC menunjukkan sebahagian besar para pembuat dasar Federal Reserve (Fed) bersetuju untuk memulakan pelonggaran pembelian bon tahun ini.
Pada sesi Asia, logam berharga itu didagangkan susut 0.4% pada $1,779 per auns, manakala niaga hadapan emas pula menyusut pada $1,781 per auns.
Pembuat dasar Fed secara umum menilai bahawa penanda aras ‘kemajuan lebih besar’ dalam mencapai sasaran pekerjaan maksimum dan inflasi masih belum dicapai, dan risiko terhadap prospek ekonomi tetap ada.
Namun, sebahagian besar daripada pembuat dasar melihat bahawa ekonomi AS akan terus maju menuju ke arah kemajuan tersebut.
Dengan syarat ekonomi berkembang secara luas seperti yang dijangkakan, mereka menilai bahawa penanda aras yang ditetapkan dalam panduan Fed mengenai pengurangan pembelian aset akan dapat dicapai tahun ini.
Indeks dolar meningkat ke paras tertinggi empat setengah bulan susulan jangkaan optimis ini, menjadikan harga emas lebih mahal bagi pemegang matawang utama lain.
Harga emas kini bertahan dengan sentimen yang masih lagi berisiko yang disebabkan kebimbangan terhadap kes Covid-19 yang semakin meningkat,