Harga minyak terus mengalami penurunan pada Khamis selepas inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) menunjukkan peningkatan yang besar.
Menurut Jabatan Tenaga, peningkatan tersebut adalah berbeza berbanding unjuran penganalisis sebelum ini yang menjangkakan inventori minyak AS yang menurun.
Sebagai pengguna terbesar minyak di dunia, peningkatan pada inventori minyak AS akan mendorong penurunan pada permintaan minyak global sekaligus mempengaruhi harga minyak dalam pasaran.
Situasi ini juga dilihat akan mencetuskan kebimbangan selepas negara-negara pengeluar (OEPC) sebelum ini telah bersetuju untuk memperlahankan pengurangan pengeluaran yang akan meningkatkan bekalan minyak mentah.
Inventori minyak susut 3.5 juta tong pada minggu lalu kepada hampir 502 juta tong, sementara stok petrol meningkat kepada 4 juta tong berbanding jangkaan penurunan, kepada 230 juta tong.
Dagangan emas pula stabil berlegar di sekitar paras $1,745.00 yang menjadi paras rintangan harga sejak beberapa minggu.
Selepas pergerakan mendatar harga emas pada Rabu, pasaran kembali menyaksikan peningkatan semula ke paras $1,745.00 sehingga sesi Eropah hari ini.
Pergerakan semasa emas dipengaruhi oleh dagangan US dolar di mana mata wang AS tersebut sedikit mengukuh pada sesi New York selepas pelabur memberi reaksi positif pada minit mesyuarat FOMC tersebut.
Federal Reserve (Fed) kekal komited mengekalkan polisi monetari yang menyokong pemulihan ekonomi AS, bakal meningkatkan semula keyakinan pelabur terhadap pengukuhan US dolar.
Namun pengukuhan US dolar bakal menekan semula harga emas untuk susut lebih rendah dalam pasaran.