Rantai makanan Korea, MyeongDong Topokki telah melancarkan 1,000 non-fungible token (NFTs) pada awal bulan ini.
Langkah yang diambil premis ini ternyata luar biasa dan yang pertama hadir dalam pasaran Malaysia dengan tujuan untuk mengukuhkan tarikan dan perhatian pelanggannya.
Mereka yang berminat akan mendapatkan koleksi NFT di platform OpenSea.
Untuk pengetahuan, pelancaran NFT terhad ini melibatkan kerjasama dengan artis NFT terkenal. Tidak hairanlah jika koleksinya unik dan lain daripada yang lain.
Sementara itu, terdapat juga beberapa artis Malaysia lain telah pun menceburi bidang NFT:
- Red Hong Yi – spoofing dan redesign matawang daripada pelbagai negara.
- Katun – koleksi NFT ‘Apes Stand Strong’ dan ‘Mystical Fruits’.
- Namewee – melancarkan 100 salinan NFT lagunya yang bertajuk Fragile (玻璃心), termasuk 20 gambar kontroversi dengan gaya biadap terhadap institusi kewangan dan komersial.
- Ronald Ong – pelajar medik yang menghasilkan NFT unik, menggabungkan imaginasi dan haiwan eksotik. Misalnya, zebra + oreo.
- Alvin Koay – NFT yang berdasarkan emosi dan ekspresi.
- Lau Kia Hau – NFT yang menggabungkan fotografi, kesan visual, dan animasi 3D.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.