Saham Hartalega Holdings Bhd memperoleh peningkatan pada jumlah dagangan sekitar 20 juta unit pada sesi perdagangan Bursa Malaysia semalam.
Ini kerana harga saham pengeluar sarung tangan getah mengurangkan kerugian ketika reaksi yang jelas terhadap pengumuman syarikat mengenai keuntungan bagi suku pertama.
Hartalega mengumumkan bahawa keuntungan bersihnya meningkat kepada RM2.26 bilion berbanding RM219.72 juta pada tahun lalu.
Manakala, kadar peningkatan juga pamer lonjakan sebanyak RM3.9 bilion daripada RM920.09 juta.
Pada 3.59 petang semalam, saham Hartalega mencatat jumlah dagangan saham sebanyak 19.58 juta unit daripada 3.25 juta unit pada Isnin.
Sementara itu, harga saham kumpulan susut 22 sen atau 3.31% kepada RM6.81 setelah mencapai paras terendah sekitar RM6.64.
Menurut syarikat itu, keuntungan bersih juga capai paras lebih tinggi daripada RM1.12 bilion manakala pendapatan meningkat kepada RM2.31 bilion dari segi suku tahunan.
Dalam pada itu, Hartalega mengeluarkan cadangan bagi dividen sebanyak 19.75 sen sesaham daripada 2.1 sen pada tempoh masa yang sama tahun lalu.
Secara keseluruhan, keuntungan bersih untuk suku pertama yang berakhir pada 30 Jun 2021 dan dividen dipacu oleh peningkatan permintaan sarung tangan sebagai alat pelindung diri (PPE) semasa pandemik Covid-19.