Nano digelar sebagai wang digital untuk dunia moden. Ia adalah platform peer-to-peer yang berasaskan senibina block-lattice yang unik, memberikan setiap akaun Blockchain yang tersendiri untuk membolehkan kelajuan transaksi segera dan skalabiliti yang tidak terhad.
Dilancarkan pada Januari 2018 oleh Colin LeMahieu.
Menariknya, Nano dibina disekitar teknologi yang dipanggil directed acyclic graph (DAG), struktur ini sangat dipercayai dan membolehkan Nano memproses sebanyak 1,000 transaksi sesaat (tps) tanpa memerlukan rangkaian tenaga perlombongan yang intensif untuk mengekalkan integritinya.
Misi Nano adalah untuk menjadi matawang global dengan urus niaga segera dan tiada caj pemindahan melalui rangkaian yang selamat dan desentralisasi.
Teliti carta pergerakan semasa harga NANO/USDT.
Pergerakan harga dapat dilihat sedang berlegar-legar secara mendatar untuk memasuki ruangan zon SBR (support become resitance) semula sekitar $6.5 setelah diuji beberapa kali.
Sekiranya pergerakan harga Nano berjaya untuk memasuki ruangan zon tersebut, ia bakal di uji terlebih dahulu sebelum menuju ke zon SBR seterusnya sekitar $8.0.
Namun, jika pergerakan harga menyaksikan penurunan dan memberi isyarat trend bearish, pergerakan harga dijangka bakal meneruskan penurunan sehingga ke zon sokongan sekitar $5.0 yang pernah dicatatkan sebelum ini.
Ketika penulisan, NANO/USDT didagangkan pada $5.90. Koin kini berada di kedudukan ke-86 pada carta kripto.
Lihat gambar carta matawang kripto NANO/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.