Melihat kepada carta harga pasangan matawang GBP/USD, harga tampaknya telah kembali mempaparkan pendakian untuk sekali lagi menguji paras rintangan yang sukar ditembusi pada 1.36400.
Peningkatan bermula pada sesi Eropah dan menyambung ke sesi New York semalam juga telah menghasilkan lonjakan melebihi 60 pips sebelum menyusut semula pada penghujung sesi.
Matawang Pound menonjolkan penguasaan pada dagangan Khamis berikutan campur tangan Presiden Rusia iaitu Vladimir Putin yang mempertimbangkan untuk membantu dalam meningkatkan bekalan gas.
Peningkatan harga gas yang tinggi sama sekali tidak memberi manfaat kepada Rusia dan dek kerana aspek itu telah menyaksikan sedikit penyusutan pada harga gas di Eropah untuk memberi sokongan kepada Pound.
Tidak cakap banyak, matawang Pound terus mengambil ruang untuk lebih menguasai harga pada carta GBP/USD untuk membuat lonjakan di kala kelemahan yang melanda matawang USD.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-nfp-jadi-penentu
Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan turut akan diteliti oleh para pelabur sama ada akan mencantas penguasaan yang dipaparkan oleh Pound ataupun tidak.
Sekiranya harga dipacu oleh laporan NFP yang positif, pergerakan harga berkemungkinan akan kembali melepasi paras rintangan 1.36000 untuk menguji paras terendah minggu ini sekitar 1.35450.
Penurunan yang lebih rendah menembusi paras terendah tersebut dijangka akan mendorong harga pada carta GBP/USD untuk mencecah semula zon RBS (resistance become support) 1.35000.
Namun jikalau matawang Pound lebih menguasai berbanding USD, kebarangkalian harga akan memberi reaksi untuk cuba menembusi paras rintangan 1.36400 untuk menuju ke paras harga yang lebih tinggi.
Keupayaan menembusi paras rintangan itu bakal memacu pergerakan harga kembali menuju ke zon SBR (support become resistance) 1.37000 yang merupakan zon permulaan junaman harga pada minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG