Pasaran Wall Street ditutup tinggi dan harga minyak turut naik selepas pelabur kembali beralih kepada aset-aset berisiko walaupun terdapat peningkatan kes varian Omicron di seluruh dunia.
Hal ini berlaku ekoran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyatakan tindakannya untuk membuka tapak ujian persekutuan di bandar New York serta membeli 500 juta unit alat ujian COVID-19 untuk diberikan secara percuma dan laporan pendapatan yang kukuh oleh Moderna Inc telah meyakinkan para pelabur.
Indeks purata Dow Jones Industrial naik 1.6% pada 35,492.7, S&P 500 tambah 1.78% pada 4,649.23 dan Nasdaq Composite capai 2.4% pada 15,341.09.
Tolok saham MSCI seluruh dunia menokok 1.61%.
Harga minyak tetap mencanak lebih 3% walaupun terdapat isyarat pemulihan bekalan dan kebimbangan Omicron yang mengehadkan perjalanan serta menyekat permintaan bahan api.
Harga minyak Brent naik $2.46 atau 3.4% pada $73.98 setong dan harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS tambah $2.51 atau 3.7% pada $71.12.
Dalam pada itu, para pelabur terus membeli saham dan menjual mata wang selamat (safe-haven) seperti dolar dan Yen Jepun yang kekal pada 114.08 per dolar kerana mereka optimis keadaan ekonomi akan bertambah baik.
Hasil perbendaharaan AS meningkat atas faktor yang sama dimana para pelabur optimis berkenaan keadaan ekonomi akan bertambah baik.
Bitcoin tambah 4% selepas mengalami kejatuhan pada beberapa minggu lepas.