Sekitar tengahari semalam OpenSea berhadapan dengan isu pepijat hingga menyebabkan kehilangan sejumlah NFT bernilai lebih 28 ETH.
Jumlah tersebut menyamai lebih $97,160 (~RM402,388) berdasarkan nilai seunit Ethereum (ETH) ketika artikel ini ditulis.
Kecacatan itu dilaporkan sendiri oleh ketua pembangun Ethereum Name Service (ENS), Nick Johnson. Figura ini turut melaporkan kehilangan sebuah NFT iaitu nama ENS pertama, “rilxxlir.eth”.
ENS merupakan sistem penamaan yang membolehkan pengguna untuk menyimpan kandungan berasaskan teks sebagai NFT di blockchain Ethereum. Ringkasnya, ia sebuah sistem desentralisasi penamaan wallets, website, dan banyak lagi selain hanya menggunakan “.com”, “.org”, “.io”, “.app”, “.xyz”, dan “.art”
Menurut Johnson, dia cuba untuk memindahkan NFT tersebut ke alamat peribadinya di akaun OpenSea, tanpa disedari alamat tersebut dihubungkan dengan akaun pembakaran token. Dia mendapati pepijat pembakaran itu ada di halaman transaksi OpenSea.
Disebabkan itu, “rilxxlir.eth” telah terhapus untuk selamanya. Perkara yang sama turut berlaku kepada pengguna lain dengan anggaran sekitar 32 transaksi berhadapan dengan kehilangan 42 NFTs gara-gara pepijat sistem di OpenSea.
OpenSea menerusi twitnya, mengambil maklum isu yang timbul dan menyelesaikan perkara tersebut pada hari yang sama:
We've reached out to the small number of users who were affected by the issue yesterday where sending an NFT to an ENS name sent it to the encoded version of the literal text (e.g. "OS.eth") instead of the associated address. This was a bug we introduced and fixed that day.
— OpenSea (@opensea) September 9, 2021