Buat pertama kali Ethereum (ETH) diatasi Polygon (MATIC) berdasarkan rekod pengguna aktif di kedua-dua rangkaian ini.
Pada Sabtu, Polygon menyaksikan alamat aktif (bagi kedua-dua penerima dan pengirim) meningkat ke paras tertinggi terbaharu sebanyak 566,516. Berbeza dengan Ethereum masih mengekalkan dengan rekod 527,158 alamat aktif.
Jumlah alamat aktif di Polygon meningkat sebanyak 168% sejak sebulan yang lalu manakala Ethereum pula cuma mencatatkan peningkatan 0.6%.
Pendorong kepada pertumbuhan jumlah pengguna Polygon dapat diperincikan terhadap sektor non-fungible token (NFT) dan permainan berkonsepkan play-to-earn.
- Jumlah pelabur di Polygon OpenSea meningkat 45.5 kali ganda, dan jualan NFT melonjak sebanyak 17.5 kali ganda berdasarkan pemerhatian sejak Julai.
- Arc8 Mining berjaya menarik sebanyak 104,000 pengguna aktif harian sejak dilancarkan pada 21 September, sebelum pelancaran platform permainan play-to-earn,Arc8 yang dijangka berlaku dalam beberapa minggu lagi.
Penggunaan rangkaian yang tinggi menunjukkan permintaan token yang meningkat, bermakna harga seunit MATIC juga akan meningkat.
Namun kali ini agak berbeza kerana walaupun alamat aktif meningkat, harga MATIC gagal untuk menunjukkan lonjakan.
Ketika penulisan, MATIC telah melonjak 12% kepada $1.27 bagi tempoh empat hari pertama Oktober.
Selari dengan itu, MATIC masih rendah jika dibandingkan dengan paras tertinggi $1.80 yang direkod pada 5 September. Manakala untuk rekod sejak paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada 18 Mei, aset ini telah susut hampir 53%.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.