Solana (SOL) semakin mengukuh dengan rekod lonjakan 195% sejak bulan lalu. Harga token itu melonjak dari paras terendah pada 26 Mac, $12.19 ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada 19 April, $36.10 dengan rekod jumlah dagangan mencecah $1.4 bilion.
Didorong oleh asas yang kuat dengan pelancaran beberapa projek di blockchain tersebut dan kebanyakannya daripada protokol DeFi yang sah sehinggalah pump dan dump airdrops yang menarik pelabur ke pertukaran Solana.
Solana merupakan rangkaian yang hebat kerana boleh menampung bebanan yang besar maka tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan kebanyakan projek seperti Civic (CVC) dan stablecoins seperti USD Coin (USDC) dan Tether (USDT).
Malah, platform DeFi seperti Raydium dan Serum juga telah dilancarkan di Solana dan masih ada banyak lagi projek yang dalam proses peralihan ke rangkaian tersebut.
Pada awal April, prospek rangkaian itu menerima lagi perhatian selepas pelancaran wallet Sollet untuk extension Chrome yang menawarkan fungsi ekosistem Solana yang mencerminkan cara MetaMask berfungsi di Ethereum.
Setakat ini Exodus, Ledger dan Blockfolio antara wallet yang telah menawarkan sokongan terhadap token SOL. Manakala integrasi bersama wallet Phantom bakal mengukuhkan lagi ekosistem NFT di Solana.
Ketika penulisan, aset ini didagangkan pada ATH terbaru $37.6, meningkat lebih 16% dalam 24 jam.