Pelabur menyaksikan keruntuhan harga Bitcoin (BTC) yang tragis pada malam tadi, susut sehingga $8,100 dari paras nilai $65,815 hanya di bursa dagangan kripto, Binance.US.
Penyusutan tiba-tiba itu menelan keruntuhan harga BTC/USD sehingga 87% dalam sekelip mata berdasarkan carta candlestick 1-minit, sebelum pulih dan didagangkan semula pada harga sebelumnya.
Ketika penulisan, harga BTC/USD di platform Binance.US sudah kembali normal, didagangkan pada $63,249.
Secara umumnya, insiden itu tidak memberi kesan kepada bursa kripto yang lain walaupun harga BTC tidak dinafikan sedikit susut sejak malam tadi ke paras sekitar $64,200.
Kejadian ini semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini dan pelabur menggelarnya ia sebagai “scam wick”. Malah ada juga menyifatkan insiden ini sengaja dilakukan untuk memanipulasi pasaran.
Manakala jurucakap Binance.US menjelaskan ada serangan pepijat terhadap algoritma dagangan mereka hingga menyebabkan penjualan besar-besaran semalam. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh salah satu pelabur institusi mereka:
“Difahamkan daripada pihak pelabur bahawa mereka sudah mengendalikan pepijat dan isu tersebut telah selesai.”
Binance.US dilancarkan pada hujung 2019 sebagai satu cabang daripada Binance. Penubuhannya bertujuan untuk mengelak daripada tekanan undang-undang di Amerika Syarikat (AS).