Kekhuatiran Covid-19 telah memberi kesan terhadap psikologi pasaran pada hari ini, Pasaran Eropah telah mencatat kejatuhan 2.4% dan hal yang sama juga berlaku pada pasaran saham Amerika Syarikat (A.S). Hasil Perbendaharaan 10 tahun telah jatuh hingga ke 1.22%, iaitu tahap pertumbuhan yang tidak selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang kuat dan inflasi yang melonjak.
Dalam masa yang sama, harga komoditi turun secara mendadak, termasuk minyak mentah yang turun di bawah $ 70 setong untuk pertama kalinya dalam sebulan.
Bagi pasaran bitcoin pula, kita telah saksikan bahawa harga Bitcoin telah 2 kali melakukan percubaan melepasi paras sokongan $31,321.98 sejak beberapa hari lepas. Namun pada hari ini harga BTC telah pecah paras harga sokongan tersebut dan kini sedang diperdagangkan pada paras harga $30,760.
Harga BTC bahkan telah turun ke tahap lebih rendah pada harga $ 30.5K. Ini mengukuhkan lagi pandangan yang berpendapat bahawa BTC sendang berada dalam fasa ‘downtrend’. Penghijrahan lombong miner dari China ke tempat lain setakat ini belum mengembalikan ‘hash rate’ BTC seperti yang dikecapi pada April.
Selepas ini paras harga sokongan seterusnya ialah $30,259.77. Jika harga paras harga sokongan itu berjaya dipecahkan maka sasaran seterusnya ialah $28,695.13. Pemain pasaran harus mengambil langkah lebih berjaga-jaga dalam membuat perdagangan di tengah pasaran yang tidak menentu.