Pelabur kripto yang juga pemilik Galaxy Digital berpendapat pelantikan semula Jerome Powell sebagai pengerusi Fed bagi penggal kedua akan menjahamkan pasaran kripto.
“Kehadiran Jerome Powell membahayakan pasaran kripto” – Mike Novogratz.
Berdasarkan pemerhatiannya sejak pelantikan Powell, majoriti pelabur kripto sudah mula menjangkakan bearish dan perubahan terhadap aspek “macro story” atau mudah dikenali sebagai skop pasaran kripto yang lebih luas.
Novogratz juga percaya Fed akan mengambil tindakan pantas dalam peningkatan kadar faedah, lagi-lagi situasi di Amerika Syarikat (AS) sedang berhadapan dengan inflasi dahsyat.
Ini bermakna pergerakan kesemua aset akan menjadi perlahan, termasuk Nasdaq dan pasaran kripto.
Sebagai rekod, AS mengalami inflasi tertinggi yang pertama sejak 30 tahun lalu.
Ekoran daripada itu, peningkatan sebanyak 6.2% setiap tahun telah memberi kesan kepada seluruh dunia terutama terhadap 39 buah negara menanggung inflasi tinggi tahun ke tahun.
Tidak cukup dengan itu, Novogratz yakin Powell akan lebih agresif dengan polisi-polisinya. Setakat ini, pengerusi Fed itu lebih memerhatikan kepada perkembangan dasar monetari.
Bagaimanapun, posisi pasaran kripto masih lagi positif dengan kehadiran lambakan pelabur institusi yang aktif sertai ruang ini.
Sebelum ini Novogratz ada meramalkan harga Bitcoin (BTC) akan mencecah $100,000 menjelang hujung 2021.
Tetapi melihat kepada harga Bitcoin yang masih kritikal di paras $57,091 ketika artikel ini ditulis, mungkin agak sukar ramalan itu menjadi realiti.