Pasaran kripto membuat pusingan u-turn yang mengejutkan, mengejar harga Bitcoin (BTC) yang susut ke bawah $60,000.
Sebentar tadi BTC mencatatkan nilai terendah harian pada $57,990, menjadikan rekod tersebut yang terendah sejak 15 Oktober.
Bagaimanapun, harga raja kripto ini kembali bangkit dan didagangkan pada $58,984, susut lebih 2% dalam 24 jam.
Penganalisis memberi jangkaan harga Bitcoin berpotensi untuk tenggelam ke paras yang lebih rendah sehingga $50,000.
Tidak pasti apa yang mengundang kepada kejutan petang ini, tetapi CEO syarikat pelaburan Capriole, Charles Edwards menunding jari kepada golongan pelabur institusi kerana mencetuskan gelora pasaran kripto.
Maklumat daripada Bybt mendedahkan lebih $500 juta aset kripto telah dicairkan sejak sejam yang lalu dan $856.9 juta untuk tempoh 24 jam.
Ethereum (ETH) mencatatkan penyusutan lebih 4% dengan nilai dagangan semasa artikel ini ditulis, $4,033. Manakala altcoins lain:
- Cardano (ADA): $2 (-8.34%)
- Solana (SOL): $191.15 (-8.56%)
- XRP: $1.03 (-8.62%)
- Harmony (ONE): $0.32 (-14.80%)
- Fantom (FTM): $2.93 (-14.41%)
Shiba Inu (SHIB) bagaimanapun kekal bertahan dengan lonjakan hampir 27%, didagangkan pada $0.00005344.