Pada Rabu lalu, Ketua ekonomi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Gita Gopinath dilaporkan mengadakan sidang diskusi aset kripto di Majlis acara anjuran Penyelidikan Ekonomi Gunaan Kebangsaan (NCAER).
Gopinath yang turut merupakan kaunselor ekonomi IMF dan juga pengarah di jabatan penyelidikannya berkata bahawa “aset kripto secara umumnya dilihat lebih mendominasi untuk ekonomi negara berkembang berbanding negara membangun”.
Justeru beliau beliau berpandangan bahawa aset kripto adalah salah satu cabaran untuk ekonomi negara berkembang kerana pada dasarnya pasaran ekonomi negara berkembang memiliki pengawalan kadar pertukaran dan pengawalan aliran modal. Dengan ini, aset kripto boleh mendatangkan impak buruk ke atas mekanisma tersebut.
Maka ketua ekonomi di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) itu mengatakan bahawa peraturan adalah “sangat penting” untuk sektor kripto. Namun, beliau menambah bahawa mengharamkan aset kripto, seperti apa yang telah dipertimbangkan oleh India, akan menimbulkan cabaran praktikal memandangkan sifatnya yang terdesentralisasi.
Gopinath menambah: “Peraturan adalah sangat penting untuk sektor ini. Jika orang ramai menggunakan ini sebagai aset pelaburan, maka peraturan yang ada untuk kelas pelaburan lain harus digunakan pakai untuk pasaran kripto”
Pada minggu lalu, IMF menggariskan beberapa cadangan tentang bagaimana aset kripto harus dikawal, dengan menyatakan bahawa terdapat keperluan mendesak untuk kerjasama rentas sempadan dan kerjasama mengenai peraturan aset kripto.
IMF juga memberi amaran kepada El Salvador pada bulan November terhadap penggunaan bitcoin sebagai mata wang negara. Negara itu menjadikan bitcoin sebaagai tendar sah pada bulan September dan telah membeli 1,370 bitcoin untuk perbendaharaannya.