Aktiviti pembuatan Amerika Syarikat sedikit perlahan pada bulan Januari, sementara ukuran bagi harga yang dibayar oleh kilang untuk bahan mentah melonjak ke tahap tertinggi hampir 10 tahun. Ini menguatkan jangkaan bahawa inflasi akan meningkat pada tahun ini.
Institute for Supply Management (ISM) melaporkan bahawa indeks aktiviti perkilangan jatuh kepada 58.7 pada bulan Januari daripada bacaan 60.4 pada bulan Disember. Bacaan tersebut tersasar daripada jangkaan pakar ekonomi yang mensasarkan bacaan 60.0.
Bacaan yang mencatat melebihi paras 50 menunjukkan bahawa sektor perkhidmatan sedang berkembang manakala bacaan dibawah paras 50 menujukkan penguncupan. Sektor pembuatan didorong oleh permintaan yang tinggi dalam barangan seperti elektronik dan perabot kerana kebanyakkan tenaga buruh bekerja dari rumah berikutan pandemik Covid-19.
Walaubagaimanapun, perbelanjaan barangan perkilangan bagi jangka panjang turun untuk dua bulan berturu-turut pada Disember.
Pengedaran vaksin yang dijangka akan diedarkan secara meluas pada akhir suku pertama dijangka akan meningkatkan perbelanjaan untuk perkhidmatan. Tinjauan pekerjaan pembuatan meningkat kepada 52.6 daripada 51.7 pada bulan Disember. Hal ini meningkatkan harapan dalam pengambilan pekerja pada bulan Januari setelah layoff mula berlaku pada bulan Disember.
Indeks US dolar masih meneruskan pengukuhan kepada paras tukaran 90.823 dengan pengukuhan sebanyak 0.31%.